Senin, 01 Desember 2014

NEGARA ZIMBABWE



NEGARA ZIMBABWE

A.    Sejarah Negara Zimbabwe
Beberapa tamadun telah wujud di Zimbabwe berdasarkan peninggalan struktur batu kuno yang terdapat di Khami, Great Zimbabwe dan Dhlo-Dhlo. Tamadun yang pertama dikenali Mwene Mutapa atau Monomatapas yang mencapai kemuncaknya pada pertengahan 1440an. Pada waktu itu, empayar di bawah pimpinan Raja Mutota meliputi kesemua plateau Rhodesia dan sebahagian Mozambique. Antara industri yang penting termasuklah melebur besi, tekstil, emas dan kuprum dan juga pertanian. Para pedagang Arab dan Swahili merupakan rakan dagang utama dengan empayar tersebut.
Pada awal abad ke-16, tentera Portugis telah tiba di sini dan berlakulah beberapa siri peperangan yang telah menjatuhkan empayar tersebut. Namun demikian beberapa wilayah kaum Shona telah bergabung dan membentuk empayar Rozwi untuk menentang pendatang Portugis dan pada 1690 berjaya menghalau tentera Portugis dari negara ini. Keamanan kembali selama dua abad dan ibu kota di Dhlo-Dhlo, Khami dan Great Zimbabwe telah berkembang dengan pesat. Empayar Rozwi berakhir pada pertengahan abad ke-19 akibat pergolakan di Transvaal dan Natal di Afrika Selatan.
Selepas itu negara ini berada di bawah pemerintahan puak Ndebele. Pihak British di Cape Colony mula menunjuk minat dengan negara ini apabila emas ditemui di Witwatersrand, Afrika Selatan. Oleh sebab kawasan ini terletak berhampiran Zimbabwe, ramai menyangka terdapat longgokan emas di sana juga. Cecil Rhodes ahli politik dan perniagaan British yang terkenal sebagai pengasas syarikat de Beers di Afrika Selatan telah mendapat hak perlombongan daripada Raja Lobengula, iaitu raja puak Ndebele. Selain itu, Cecil telah menubuhkan Syarikat Afrika Selatan British atau BSAC. Suatu perjanjian telah ditandatangani antara Syarikat Afrika Selatan British dengan Raja Lobengula pada 1888 untuk membenarkan syarikat ini melombong emas di sini. Cecil Rhodes telah menamakan kawasan ini Rhodesia sempena namanya. Akibatnya peneroka British telah membuka beberapa penempatan di sana termasuklah di Salisbury (kini Harare). Aliran masuk peneroka British yang banyak ini kemudiannya mencetus peperangan antara pihak ini dengan kerajaan Ndebele pada 1893.
Pada awalnya, pihak British menjelajah ke Southern Rhodesia dengan harapan menjumpai emas yang banyak. Namun, jangkaan ini meleset kerana tiada emas ditemui. Sebaliknya, peneroka ini mendapati tempat ini kaya dengan tanah yang subur untuk pertanian dan iklimnya yang sederhana amat sesuai untuk tanaman beriklim sederhana seperti di Eropah. Masalahnya adalah hak yang diberi adalah untuk perlombongan dan bukannya pertanian. Cecil semakin tertekan kerana pemegang sahamnya mahu meraih keuntungan daripada penerokaan ini. Oleh itu, beliau terpaksa bercampur tangan agar peneroka British boleh membuka ladang pertanian di sana. Pada tahun 1894, Raja Lobengula telah meninggal dunia dan ini sedikit sebanyak telah melemahkan tentangan terhadap British. Namun demikian, perang gerila telah berterusan sehinggalah 1899 apabila pihak British berjaya membunuh ketua pemberontak.
Pada 1899, BSAC telah menubuhkan Majlis Perundangan yang pertama di sana. Mulanya para peneroka menyokong BSAC tetapi kemasukan bangsa kulit puith yang semakin ramai telah menimbulkan ketegangan antara mereka dan masyarakat kulit hitam. Kerajaan British di Afrika Selatan telah memberi perlindungan kepada rakyat berkulit hitam dan ini tidak disenangi masyarakat kulit putih di sini. Pihak British mahu menggabungkan Southern Rhodesia dengan Kesatuan Afrika Selatan tetapi ini telah dibantah oleh penduduk Rhodesia sendiri dalam satu pungutan suara pada 1922. Akhirnya pada 1923, BSAC telah menyerahkan kuasa pemerintahan kepada penduduk tersebut dan negara ini telah diilhakan sebagai jajahan British.
Selepas itu, kerajaan kulit putih mula menunjukkan taringnya dengan melaksanakan dasar-dasar aparteid yang mirip kepada Afrika Selatan. Konflik perkauman mula terserlah selepas pungutan suara 1922 di mana golongan minoriti kulit putih memilih untuk menubuhkan koloni tadbir sendiri dan bukannya sebahagian Kesatuan Afrika Selatan. Golongan kulit hitam telah disisih dan mereka hilang hak mengundi walaupun secara teorinya perlembagaan negara tidak bersifat perkauman. Pada 1930, satu akta tanah telah diluluskan yang mengecualikan rakyat Afrika daripada memiliki ladang terbaik demi menaikkan kepekerkasaan kaum kulit putih di sana. Manakala pada tahun 1934, undang buruh dilaksanakan yang melarang orang kulit hitam daripada menyertai sektor perdagangan dan profesional yang lain. Akibat undang-undang perkauman ini, rakyat Afrika terpaksa bekerja di ladang, kawasan perlombongan dan kilang milik rakyat kulit putih.
Pengunduran Afrika Selatan dari Komanwel pada tahun 1961 dan pelaksanaan dasar perkaumannya yang melampau telah mencetuskan kemarahan kaum kulit hitam di benua Afrika. Mereka menuntut kerajaan British untuk mengambil tindakan tegas terhadap Rhodesia dan menghukum negara tersebut kerana mengamalkan dasar aparteid. Pihak British yang malu dengan krisis yang berlaku di Afrika Selatan terpaksa akur kepada desakan tersebut dan melaksanakan dasar 'No Independence Before Majority African Rule (NIBMAR) di mana kemerdekaan tidak akan diberi sehingga penduduk majoriti kulit hitam mentadbir negara tersebut.
Sebagai balasan Ian Smith dan kabinet kulit putihnya di Rhodesia telah mengejutkan kerajaan British dengan mengisytiharkan Pengisytiharan Kemerdekaan Sebelah Pihak atau UDI pada 11 November 1965. Ini telah mendapat kutukan antarabangsa dan negara ini diboikot oleh kebanyakan negara di Afrika kecuali Afrika Selatan. Namun regim ini mula menjauhkan diri dari Rhodesia pada tahun 70an dan pada tahun 1980 negara ini telah mencapai kemerdekaan di bawah pimpinan Robert Mugabe.
B.     Geografis Negara Zimbabwe
Zimbabwe terletak di 20° 00' S, 30° 00' T. Luas kawasannya adalah 390,580km². Zimbabwe adalah sebuah negara tanpa lautan dan di kelilingi Afrika Selatan di selatan, Zambia di utara, Mozambique di timur dan Botswana di barat. Titik paling rendah adalah di persimpangan sungai-sungai Runde dan Save pada 162 m dan paling tinggi ialah Inyangani pada ketinggian 2,592 m.
Pada umumnya, negara ini mempunyai iklim tropikal tetapi ia berbeda-beda berdasarkan altitud.

Wilayah

Zimbabwe has a centralised government and is divided into eight provinces and two cities with provincial status, for administrative purposes. Each province has a provincial capital from where official business is usually carried out.[11]
Wilayah
Ibu kota
Bulawayo
Harare

Kota 1
Luas 390.580 km²
Jumlah penduduk 11.732.000 penduduk (2008) Bagan
Kepadatan Penduduk 30,0 /km²
Panjang garis pantai Negara terkurung daratan
Harapan Hidup 47,0 Tahun (2010)
tahun rata-rata sekolah 7,2 Tahun (2010)
Produk domestik bruto 63 Miliar US$ (2008) Bagan perubahan Tahunan: -3,6 %
5.373 US$ per kapita
Produk domestik bruto (PDP) 27 Miliar US$ (2008) Bagan
2.338 US$ per kapita
Inflasi6.470,8 % (2008) Bagan

C.    Perekonomian Negara Jamaica
            Perekonomian Zimbabwe terus mengalami kemorosotan selama beberapa waktu ini. Inflasi negeri ini terus meningkat hingga 2,2 juta persen, yang menjadi inflasi tertinggi di dunia. Akibat inflasi yang tinggi tersebut, bank sentral Zimbabwe sudah mengeluarkan 4 versi mata uang sampai sekarang. Terakhir kali bank sentral Zimbabwe mengeluarkan pecahan $ 100,000,000,000,000 (100 triliun dolar) yang menjadi uang dengan nominal terbesar didunia yang kemudian digantikan dengan dolar versi ke-4 dimana setiap $ 100,000,000,000,000 (100 triliun dolar) uang lama digantikan menjadi $1 uang baru. Dengan ekonomi yang terus memburuk sekarang bank sentral Zimbabwe memutuskan untuk membolehkan rakyatnya menggunakan mata uang dolar Amerika sebagai mata uang mereka untuk menstabilkan kembali ekonomi Zimbabwe.
            Zimbabwe merupakan negara terkaya di dunia karena mata uang nya yg sangat tinggi. Bahkan di Zimbabwe terdapat pecahan uang kertas 100.000.000.000.000 Dollar Zimbabwe. Harare yg merupakan ibukota Zimbabwe, merupakan kota dengan biaya hidup termahal di dunia. Bayangkan saja untuk membeli 3 butir telur, diperlukan uang sebanyak 100 milyar, untuk membeli roti, dibutuhkan uang sebanyak 100 triliun, untuk berbelanja, diperlukan uang sekeranjang, untuk sekali sms, diperlukan sekitar Rp 67.000


Galian semula jadinya di Zimbabwe termasuklah arang batu, kromium, asbestos, emas, nikel, tembaga, bijih besi, vanadium, lithium, bijih timah, platinum. Zimbabwe juga terkenal dengan kawasan pertaniannya yang subur. Antara hasil pertanian yang utama adalah jagung, kapas, tembakau, gandum, kopi dan tebu.
            Komoditas ekspor terbesar Zimbabwe adalah kopi, tembakau, dan kedelai. Negara itu mendevaluasi mata uangnya karena pemerintah meningkatkan pasokan uang, sehingga menyebabkan hiperinflasi. Berdasarkan estimasi pada 2009, tingkat pengangguran di negara itu mencapai 95 persen dan PDB per kapita US$475.
            Tahun ini, pertumbuhan ekonomi Zimbabwe diproyeksikan mencapai 0,034 persen. Sementara itu, tahun lalu negara ini masih mampu bertumbuh 2,244 persen. PDB mencapai US$ 5 miliar.
Refensi :

Tidak ada komentar: